Saya menonton filem "Tiga Abdul" lakonan P.Ramlee buat kali yang ke???. Melihat kepincangan pembahagian pusaka Ismet Ulam Raja, saya terpanggil untuk menulis mengenai sesuatu yang amat rapat dengan kita semua tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Oleh kerana hidup lawannya mati dan kematian kita pasti akan datang tanpa diundang, adakah kita sudah sedia menghadapinya. Bukan soal amal ibadah yang saya maksudkan, tetapi persediaan harta kita yang ditinggalkan. Selepas kita mati, harta kita menjadi pusaka kita kepada waris. Tetapi Allah s.w.t. telah berfirman untuk kita membuat wasiat. Tidak perlu saya ulas ayat Al Quran di sini. Saya hanya ingin menulis mengenai wasiat sahaja.
Mungkin ramai yang keliru mengenai wasiat. Orang Islam boleh membuat wasiat, tetapi mereka tidak boleh mewasiatkan seluruh harta mereka kepada mereka yang bukan waris di sisi syarak dan juga tidak boleh mewasiatkan harta mereka kepada waris yang berhak di sisi syarak. Oleh kerana kekeliruan ini ada yang berpendapat bahawa orang Islam tidak membuat wasiat tetapi drama Melayu melakonkan sebaliknya. Ada juga yang terpedaya dengan drama Melayu dan membuat wasiat kepada ahli waris pula. Jadi bagaimana?
~Peguam Paizah~