Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada
meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum
kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu
kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”
(Surah Al-Baqarah Ayat 180)
Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya yang mempunyai harta agar dapat melakukan wasiat semasa hidupnya.
“Allah telah memberikan bahagian setiap orang
yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris”
(Riwayat at Tarmizi)
1. Orang Islam boleh mewasiatkan 1/3 [satu per tiga] daripada keseluruhan harta mereka kepada:
(i) bukan waris di sisi syarak seperti:
(a) anak angkat
(b) anak tak sah taraf
(b) anak tak sah taraf
(c) ibu & bapa angkat
(d) ibu & bapa kandung yang bukan Islam
(e) anak-anak & adik beradik kandung yang bukan Islam
(f) sanak saudara bertalian darah tetapi terhalang oleh waris yang berhak di sisi syarak
(ii) badan-badan yang menjalankan aktiviti keislaman.
Senarai di atas hanyalah contoh kategori beberapa individu dan tidaklah muktamad. Walau bagaimana pun, seseorang itu tidak boleh berwasiat kepada perkara yang tidak pasti (uncertain), mungkar dan menyalahi ajaran Islam.

2. Sebelum dilaksanakan wasiat, segala hutang pewasiat (simati) mesti diselesaikan terlebih dahulu.
Oleh itu, bersegeralah dalam membuat Wasiat seperti sabda Rasulullah s.a.w:
~Peguam Paizah~
Oleh itu, bersegeralah dalam membuat Wasiat seperti sabda Rasulullah s.a.w:
“Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
~Peguam Paizah~
No comments:
Post a Comment