Permasalahan yang timbul adalah antaranya apabila wasiat dibuat kepada ahli waris utama yang berhak di bawah hukum faraid. Wasiat dibuat kepada mereka yang terhalang daripada menerima wasiat atas alasan-alasan syarak.
Terdapat beberapa cara untuk membuat wasiat, seperti Majlis Agama Islam Selangor, Amanah Raya Berhad, Peguam dan juga penulis-penulis wasiat bertauliah. Kadar bayaran yang dikenakan oleh Majlis Agama Islam Selangor adalah antara yang terendah. Anda boleh melayari maklumatnya di http://www.jais.gov.my
Kepentingan membuat wasiat ini adalah untuk memberi
peluang terakhir kepada pewasiat, untuk menguruskan hartanya dan memenuhi
hasrat pewasiat bagaimana hartanya hendak dibahagi-bahagikan, tanpa melanggar
hukum syarak. Pewasiat dapat memastikan bagaimana agihan hartanya dibuat kepada
waris dan penerima mengikut kehendak dan hasrat dengan tepat dan wajar dengan
menentukan harta dan had yang diberi. Dalam masa yang sama memelihara
kepentingan dan kebajikan penerima.
Pada masa yang
sama memberi peluang terakhir pewasiat untuk melakukan amal jariah untuk
mendapat ganjaran Allah yang berkekalan,insyaAllah. Ini adalah kerana warisnya
mungkin akan menghabiskan semua harta pusaka tersebut dengan borosnya atau
membelanjakannya bukan untuk kepentingan Agama di mana tiada ganjaran yang
diperolehi daripanya.
Memberi kebebasan kepada pewasiat untuk
arahan-arahan kepada ahli waris. Mengelakkan
anggapan bahawa ahli waris akan
bermuafakat untuk menguruskan harta pusaka dengan amanah dan penuh
tanggungjawab. Mendekatkan diri
kepada Allah dan mengharapkan pahala yang berkekalan.
Dengan membuat
wasiat dapat menanam dan menguatkan siratulrahim dan ikatan kasih sayang di
antara pewasiat dan penerima wasiat. Dengan wasiat juga dapat menjayakan hasrat
pewasiat dan keinginan bagaimana hartanya hendak ditadbirkan dan kepada siapa.
Ianya juga adalah cara yang baik untuk mengurus harta bagi mengelakan
berselisihan di antara ahli waris terutamanya jika berkaitan dengan hak kepada
anak angkat atau anak tiri atau anak tidak sah taraf. Ia jua dapat memupuk jiwa
seseorang untuk melakukan sedekah jariah dan amal kebajikan.
Peguam Paizah
No comments:
Post a Comment